Tuesday 27 December 2011

NIKAH GANTUNG


Assalamualaikum... Saya terpanggil untuk membicarakan tentang "NIKAH GANTUNG" kalau ditanya rata-rata orang mempunyai pendapat masing-masing, tapi yang jelas banyak yang negatif dari positifnya. Saya menjadi hairan mengapa ada orang berpendapat dan mengeluarkan ayat " TU MESTI KENA TANGKAP BASAH TU SEBAB TU DIA NIKAH GANTUNG". Rasa nak tergelak pun ada mengapa kita perlu berfikiran begitu. Tak ke akan jadi fitnah dan akan mengaibkan orang lain jikaianya tidak benar.

Didalam islam tiada istilah nikah gantung sebenarnya. ia adalah istilah yang diberikan oleh kita orang melayuianya membawa maksud seseorang itu bernikah tampa meraikannya dengan walimatuluru. bagi saya sebagai seorang islam ia tidak menjadi masalah dan saya rasa ia adalah lebih baik kerana mementingkan yang wajib dahulu. Tetapi amat sayang kerana pandangan masyarakat mudah menilai dari sudut negatifnya dahulu. secara umumnya kebiasaannya nikah gantug adalah untuk mengelakkan maksiat dan perkara yang tidak elok berlaku, disamping itu bagi yang tidak berkemampuan tidak salah untuk bernikah dahulu kerana yang wajib itu adalah nikah.

seseorang muslim bukan mudah untuk mendapatkan apa yang dimpikan dengan melakukan sekadar perlu sahaja. saranan kepada sahaba-sahabat semua jangan memberi persepsi dan pandangan yang negatif kita sama-sama lihat apa fositifnya baru kita akan menjadi umah yang gemilangdan terdidik sahsiah....... 

No comments:

Post a Comment