Friday 30 December 2011

BOSSY!!!!!!


Bekerja adalah satu ibadah... pernahkah kita mengalami masalah dalam pekerjaan kita? pernahkah kita kurang senang dengan orang atasan kita? saya nak berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menghadapi seorang ketua atau boss yang bermasalah. 
kenapa saya kata bermasalah? kerana didalam dirinya tidak terdapat ciri-ciri seorang pemimpin yang menghormati dan dihormati. Bukan mudah sebenarnya nak jadi ketua atau pemimpin. terdapat disesetengah syarikat yang pekerja bawahan terlalu tertekan dengan kerja ada yang menjadi takut menegur kesalahan orang atasan kerana tak nak dibuang atau di ambil tindakan. 
bagi golongan pemimpin pula ada pula yang menjadi ego atau bongkak dengan kedudukannya sampai hilang perikemanusiaan dan nilai-nilai seorang pemimpin. adakah dengan autoriti yang mereka ada mereka boleh buat sesuka hati mereka..... kita harus ingat dan wajib ingat tampa pekerja bawahan orang atasan tiada makna. contohilah sifat kepimpinan rasulallah yang penuh dengan nilai-nilai kepimpinan yang mulia. menjadikan ia disayangi dan disegani bukan sahaja dari golongan islam malahan kepada semua jenis agama yang ada pada masa itu. kalau kita rasa kita salah ataupun kita silap terimalah teguran atau pandangan org lain walaupun ianya datang dari orang bawahan kita. 

JIKA KITA BERADA DIATAS INGATLAH ORANG YANG BERADA DIBAWAH, DAN JIKA KITA BERADA DIBAWAH
JANGAN LUPA INGATKANLAH ORANG YANG DIATAS. 

No comments:

Post a Comment