Friday, 30 December 2011

SELAMAT TINGGAL............ :-(


Banyak yang kita belajar dan yang kita dapat. dari mula hingga keakhir masih lagi dalam kenangan. Mungkin rezeki di tempat lain yang lebih memerlukan kita untuk memberi sumbangan dan tenaga. selamat tinggal walau pun berat tetap pergi jua........
segala pengalaman begitu berharga dan indah.... kawan-kawan, sahabat handai dan segala kenangan terpaksa kita tinggalkan. bukan kerana benci atau tidak suka tetapi kerana allah menghadiahkan tanggangjawab yang lebih besar untuk dipikul. 
kalau hari ini kita pergi mungkin orang yang menggantikan kita adalah lebih baik. jika ada kebaikan kita kenaglah dan jika ada kejahatan buang lah jauh-jauh.bila tidak lagi jadi keluarga seperti dulu bukan lah untuk selama-lamanya tetapi terus lah menjadirakan dan sahabat selama-lamanya. terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pedoman yang digarap..... harapan maju dengan diri sendiri......:-)

BOSSY!!!!!!


Bekerja adalah satu ibadah... pernahkah kita mengalami masalah dalam pekerjaan kita? pernahkah kita kurang senang dengan orang atasan kita? saya nak berkongsi pendapat dan pengalaman dalam menghadapi seorang ketua atau boss yang bermasalah. 
kenapa saya kata bermasalah? kerana didalam dirinya tidak terdapat ciri-ciri seorang pemimpin yang menghormati dan dihormati. Bukan mudah sebenarnya nak jadi ketua atau pemimpin. terdapat disesetengah syarikat yang pekerja bawahan terlalu tertekan dengan kerja ada yang menjadi takut menegur kesalahan orang atasan kerana tak nak dibuang atau di ambil tindakan. 
bagi golongan pemimpin pula ada pula yang menjadi ego atau bongkak dengan kedudukannya sampai hilang perikemanusiaan dan nilai-nilai seorang pemimpin. adakah dengan autoriti yang mereka ada mereka boleh buat sesuka hati mereka..... kita harus ingat dan wajib ingat tampa pekerja bawahan orang atasan tiada makna. contohilah sifat kepimpinan rasulallah yang penuh dengan nilai-nilai kepimpinan yang mulia. menjadikan ia disayangi dan disegani bukan sahaja dari golongan islam malahan kepada semua jenis agama yang ada pada masa itu. kalau kita rasa kita salah ataupun kita silap terimalah teguran atau pandangan org lain walaupun ianya datang dari orang bawahan kita. 

JIKA KITA BERADA DIATAS INGATLAH ORANG YANG BERADA DIBAWAH, DAN JIKA KITA BERADA DIBAWAH
JANGAN LUPA INGATKANLAH ORANG YANG DIATAS. 

Tuesday, 27 December 2011

NIKAH GANTUNG


Assalamualaikum... Saya terpanggil untuk membicarakan tentang "NIKAH GANTUNG" kalau ditanya rata-rata orang mempunyai pendapat masing-masing, tapi yang jelas banyak yang negatif dari positifnya. Saya menjadi hairan mengapa ada orang berpendapat dan mengeluarkan ayat " TU MESTI KENA TANGKAP BASAH TU SEBAB TU DIA NIKAH GANTUNG". Rasa nak tergelak pun ada mengapa kita perlu berfikiran begitu. Tak ke akan jadi fitnah dan akan mengaibkan orang lain jikaianya tidak benar.

Didalam islam tiada istilah nikah gantung sebenarnya. ia adalah istilah yang diberikan oleh kita orang melayuianya membawa maksud seseorang itu bernikah tampa meraikannya dengan walimatuluru. bagi saya sebagai seorang islam ia tidak menjadi masalah dan saya rasa ia adalah lebih baik kerana mementingkan yang wajib dahulu. Tetapi amat sayang kerana pandangan masyarakat mudah menilai dari sudut negatifnya dahulu. secara umumnya kebiasaannya nikah gantug adalah untuk mengelakkan maksiat dan perkara yang tidak elok berlaku, disamping itu bagi yang tidak berkemampuan tidak salah untuk bernikah dahulu kerana yang wajib itu adalah nikah.

seseorang muslim bukan mudah untuk mendapatkan apa yang dimpikan dengan melakukan sekadar perlu sahaja. saranan kepada sahaba-sahabat semua jangan memberi persepsi dan pandangan yang negatif kita sama-sama lihat apa fositifnya baru kita akan menjadi umah yang gemilangdan terdidik sahsiah....... 


teringin nak makan nasi ambeng.. rupanya pn dah menyelerakan setiap orang yang melihatnya
ia adalah salah satu makanan tradisional orang jawa yang mana kebanyakan kita boleh jumpa dijohor 
dan perak, nasi ambang adalah sejenis menu yang biasanya dihidangkan diatas daun pisang didalam talam.
dan cara makannya adalah dimakan dengan mencampurkan kesemua lauk yang ada... selamat mencuba dan 
menikmati keenakannya...:-)  

Monday, 26 December 2011

REZEKI DARI TUHAN


Rezeki adalah rahmat dan kurnian dari tuhan. sebagai seorang islam @ muslim kita harus mengsyukuri diatas nikmatnya pernahx kita terfikir berapa banyak yang allah limpahkan kurnia dan nikmat kepada kita. yang kita selalu fikir berapa banyak yang kita nak minta. ini akan menyebabkan seseorang menjadi bongkak dan kufur terhadap nikmatnya.

rezeki bukan sekadar untuk keperluan harian kita malah jika kita besyukur harus dikongsi bersama orang-orang lain kerana rezeki yang kita dapat bukan semuanya milik kita... hujung tahun ini marilah kita sama-sama mensucikan rezeki yang kita dapat dengan berzakat supaya ianya dapat dinikmati bersama. "JIKA KITA BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANNYA NESCAYA ALLAH AKAN TAMBAHKAN LAGI, DAN JIKAN KITA KUFUR INGATLAH AZAB ALLAH ITU AMAT PEDIH" 

Janganlah kita sombong dengan kekayaan, keamanan, dan kesejahteraan hidup yang kita kecapi. bersyukurlah kerana ada insan yang menderita dan susah dari kita. dan apa tanggungjawab dan usaha kita untuk ringankan beban mereka yang memerlukan. kerana kesusahan juga boleh membawa seseorang itu tergelincir dari akidah islam.