Monday 9 January 2012

BERUBAH DAN TERUS BERUBAH.......

dalam hidup ini kita hidup bukan untuk memenuhi kehendak kita tetapi memenuhi kehendak allah, kalau boleh ditanya apa sebenarnya  yang kita perlu dalam hidup ini, "allah sediakan apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kitakehendaki"

bila ada orang bertanya hendak berubah menjadi baik, manusia semua memang dilahirkan suci tampa noda dan dosa. jadi manusia itu sendiri yang mengukir diri mereka kemana hala tuju kehidupan mereka. jika kita hendak berubah pasang lah niat dan ijtihat lah didalam hati sebenar-benarnya untuk berubah. tiada sapa yang boleh mengubah kita kecuali diri kita. jika kita katakan masih belum puas lagi nak enjoi.... budah sahaja saya katakan sampai mati pun kita tidak akan puas dengan kemewahan dan kesedapan dunia... mula la dengan langkah pertama jadikan lah titik permulaan perubahan. dan istiqamah lah dengan segala amal kita.

perubahan memerlukan jihad yang tinggi dalam diri. termasuklah melawan nafsu dalam diri. jadi apa pun perubahan tanamkan azam dan matlamat hidup yang sebenar dalam diri. semoga niat suci kita diredhai oleh allah dan mendapat taufiq dan hidayah dari allah.

BUKAN MUDAH NAK BERUBAH, TETAPI PERUBAHAN MEMBAWA KEBAIKAN 
DAPAN MEMBERI SINAR DAN KETENANGAN DALAM HIDUP :-)

1 comment:

  1. Namun tidak dapat kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri

    ReplyDelete