Keratan akhbar kosmo 30/03/2011 "IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Akhir nya ada juga orng yang bertanggungjawab untuk mengkaji tentang senaman yang menjadie kegilaan ramai POCO_POCO. mesti ramai org tertanya-tanya mengapa diharamkan poco-poco sedangkan kita buat poco-poco atas niat untuk bersenam......... ini adalah berkaitan dengan akidah dan mengikut cara agama lain beribadat adalah haram tidak kira dengan niat lain atau pun tidak......
"Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut" (HR. At-Tirmidzi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ” Memberikan ucapan selamat terhadap acara ibadat orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut adalah HARAM “.
Ini adalah jelas perbuatan ini haram disisi islam..... dan para cerdik pandai islam di malaysia telah mengkaji asal usul poco-poco dan ia adalah salah satu amalan daripada agama lain..... dan hukumnya adalah haram
rasanya banyak lagi altenatif lain selain poco-poco untuk kita beriadah dan bersenam..... jadi fikir-fikirkanlah ini bukan perkara main-main ini berkaitan dengan akidah kita sebagai seorg islam....:-)
No comments:
Post a Comment