Sunday, 27 March 2011

Pengemis, Pengemis, Pengemis


Pernahkah anda didatangi oleh pengemis yang meminta wang???? Sesiapa yang tinggal di ibukota kuala lumpur pasti akan mengalaminya....... 
Pengalaman saya semasa makan malam di sebuah kedai makan di ibukota dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam....... seramai 5 org pengemis datang untuk meminta wang yang bermodalkan sebungkus tisu..... Adakah kerana sikap rakyat malaysia ni suka memberi yang menyebabkan golongan ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.....
Jika dilihat dari segi fizikal tidak ada apa yang kurang dan boleh bekerja....... adakah KERJAYA sebagai pengemis ini lebih menguntungkan? atau pn mungkin ada sendikit yang beroperasi di sebalik pengemis ini..... saya pernah kira dalam satu deretan kedai ada lebih kurang 50 meja makan.... cuba kita bayangkan kalau satu meja bagi RM1 dah sah2 mereka dapat 50 dalam 1 malam..... alangkah senangnya mendapat kan wang dengan mengemis..... x di nafikan mmg ada golongan pengemis yang x berupaya untuk bekerja tp adalah sedikit yang banyaknya adalah golongan yang mengambil kesempatan........
Ada juga yang menjadikan kanak-kanak sebagai alat untuk mendapatkan duit bengan mudah dengan mengemis .......... apa-apa pun kita sama-sama fikirkan jangan sikap suka memberi rakyat malaysia ini memakan diri dan meruntuhkan moral bangsa dan negara 

No comments:

Post a Comment