Wednesday, 30 March 2011

Diskriminasi Islam di Amerika


Keratan akhbar utusan "WASHINGTON 30 Mac – Penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) berhadapan diskriminasi agama yang semakin meningkat di tempat kerja dan sekolah sejak 10 tahun selepas serangan 11 September 2011, demikian satu jawatankuasa Kongres dimaklumkan, semalam.
Bukti ketaksuban antiIslam itu disiarkan semasa inkuiri di jawatankuasa kecil Kehakiman Senat, sekali gus menyukarkan tugas pentadbiran Presiden Barack Obama untuk memelihara hubungan baik dengan masyarakat Islam AS dan menjamin bantuan kepada golongan itu daripada ancaman keganasan dalam negara.
Bagaimanapun, cabaran itu diburukkan lagi dengan ulasan oleh pegawai kerajaan dan individu berpengaruh yang mengapi-apikan lagi perbahasan awam dan mengancam untuk memudahkan lagi diskriminasi, menurut keterangan saksi.
“Kami akan terus mendapatkan dan menerima sokongan penduduk Islam AS yang sayangkan negara ini dan yang bekerja dengan kerajaan kami untuk melindunginya.
“Pada masa sama, ramai penduduk Islam AS yang mematuhi undang-undang berhadapan diskriminasi dan dakwaan yang menyatakan mereka bukan rakyat AS sebenar hanya kerana agama mereka,” kata Senator daripada Parti Demokrat, Dick Durbin yang mempengerusikan prosiding tersebut.
Anggota panel daripada Parti Republikan, Senator Lindsey Graham pula berkata, beliau menyokong hak penduduk Islam AS, tetapi meminta golongan itu lebih proaktif dalam melindungi AS daripada serangan.
“Mari sama-sama menyertai perjuangan ini. Anda perlu membantu negara, anda juga unik berbanding orang lain kerana anda lebih faham apa yang berlaku dan perlu berjuang,” katanya.
Seorang pembantu peguam negara untuk hak sivil, Thomas Perez memberitahu panel, sentimen antiIslam semakin meningkat sejak Mei tahun lalu dalam kes-kes diskriminasi persekutuan, melibatkan hak guna tanah dan beberapa pihak berkuasa tempatan juga dilapor menghalang pembinaan masjid di kawasan mereka.
Jelas beliau, kadar diskriminasi di tempat kerja juga meningkat 150 peratus, termasuk melibatkan etika pemakaian dan jadual solat, sementara golongan muda Islam pula selalu menjadi mangsa buli di sekolah-sekolah. – Reuters"

Melihat situasi dari keratan akhbar ini..... apa yang kita fikirkan????? mengapa ini berlaku???? adakah sesiapa yang berkunjung ke negara itu terpaksa merahsiakan status agamanya????? ini kah yang dikatakan pejuang keamanan dunia.........kalau ini la hakikatnya amarika tidak ada bezanya dengan pengganas-pengganas......... malahan lg teruk daripada itu...... 

Poco-Poco

Keratan akhbar kosmo 30/03/2011 "IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Akhir nya ada juga orng yang bertanggungjawab untuk mengkaji tentang senaman yang menjadie kegilaan ramai POCO_POCO. mesti ramai org tertanya-tanya mengapa diharamkan poco-poco sedangkan kita buat poco-poco atas niat untuk bersenam......... ini adalah berkaitan dengan akidah dan mengikut cara agama lain beribadat adalah haram tidak kira dengan niat lain atau pun tidak...... 

"Barangsiapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut" (HR. At-Tirmidzi)

Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ” Memberikan ucapan selamat terhadap acara ibadat orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahawa perbuatan tersebut adalah HARAM “.

Ini adalah jelas perbuatan ini haram disisi islam..... dan para cerdik pandai islam di malaysia telah mengkaji asal usul poco-poco dan ia adalah salah satu amalan daripada agama lain..... dan hukumnya adalah haram 
rasanya banyak lagi altenatif lain selain poco-poco untuk kita beriadah dan bersenam..... jadi fikir-fikirkanlah ini bukan perkara main-main ini berkaitan dengan akidah kita sebagai seorg islam....:-)
  

Sunday, 27 March 2011

Pengemis, Pengemis, Pengemis


Pernahkah anda didatangi oleh pengemis yang meminta wang???? Sesiapa yang tinggal di ibukota kuala lumpur pasti akan mengalaminya....... 
Pengalaman saya semasa makan malam di sebuah kedai makan di ibukota dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam....... seramai 5 org pengemis datang untuk meminta wang yang bermodalkan sebungkus tisu..... Adakah kerana sikap rakyat malaysia ni suka memberi yang menyebabkan golongan ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.....
Jika dilihat dari segi fizikal tidak ada apa yang kurang dan boleh bekerja....... adakah KERJAYA sebagai pengemis ini lebih menguntungkan? atau pn mungkin ada sendikit yang beroperasi di sebalik pengemis ini..... saya pernah kira dalam satu deretan kedai ada lebih kurang 50 meja makan.... cuba kita bayangkan kalau satu meja bagi RM1 dah sah2 mereka dapat 50 dalam 1 malam..... alangkah senangnya mendapat kan wang dengan mengemis..... x di nafikan mmg ada golongan pengemis yang x berupaya untuk bekerja tp adalah sedikit yang banyaknya adalah golongan yang mengambil kesempatan........
Ada juga yang menjadikan kanak-kanak sebagai alat untuk mendapatkan duit bengan mudah dengan mengemis .......... apa-apa pun kita sama-sama fikirkan jangan sikap suka memberi rakyat malaysia ini memakan diri dan meruntuhkan moral bangsa dan negara 

Friday, 25 March 2011

Cintailah keamanan negara


Khutbah minggu ini khatib membincangkan tentang cintailah keamanan negara...... bersyukur pada allah kita masih lg dapat hidup dengan aman dan sejahtera di bumi malaysia ini. Sedangkan rakan-rakan kita di luar sana menderita dengan pelbagai bencana dan masalah.....
Jadi sebagai rakyat malaysia adakah kita lupa yang keamanan ini bukan mudah untuk dikecapi dan juga bukan mudah untuk hilang..... lihat sahaja rakan-rakan islam diluar sana yang sanggup berperang sesama sendiri demi kuasa dan kekayaan namun yang mendapat manfaatnya adalah golongan barat..... bereka hanya bertepuk tangan sahaja melihat islam bergaduh sesama sendiri dan menjadi orang tengah atas dasar keamanan. Adakah kita mahu tenguk negara tercinta kita nini menjadi sedemikian dan keamanan yang kita kecapi ini menjadi satu tragedi ngeri untuk anak cucu kita nanti..... mungkin golongan muda semakain alpa dengan keamanan yang datuk nenek kita ushakan dahulu.......lantas tidak berminant untuk menjaga keamanan itu..... fikir-fikir kan la sejenak.......

Thursday, 24 March 2011

Interlok hak siapa????


Keratan akhbar utusan 25/03/2011 KUALA LUMPUR 24 Mac - Isu novel Interlok sudah selesai apabila kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.
Mengapa timbul isu-isu ini? adakah sebab interlok digunakan di sekolah atau adakah fakta sejarahnya tidak tepat..... tp jika isi dalam interlok itu adalah fakta sejarah mengapa ianya harus diubah....... dan dipinda dimanakah kebenaran sejarah itu nanti...... adakah dengan meminda isi yang dianggap menyentuh sensitiviti pihak lain kita akan rasa puas..... bagi saya tiada isu sebenarnya dan ia adalah satu khazanah seorang penulis untuk membuat manusia berfikir dan terus berfikir......... 

Tuesday, 22 March 2011

Jet AS terhempas di Libya


Keratan akhbar Kosmo - LONDON – Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di sebuah kawasan lapang di Libya selepas ia mengalami kegagalan mekanikal lewat kelmarin.
Disini kita dapat lihat kekuasaan allah menolong hambanya..... tidak perlu punyai teknologi senjata moden.... dengan kuasa allah pesawat perang yang mempunyai teknologi yang tinggi pun terhempas bila allah kehendaki....subahanaallah!!!!!!

Sunday, 20 March 2011

AS guna Tomahawk terbaru di Libya


Keratan akhbar kosmo "entera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menjadikan sasaran ketenteraan Libya untuk menguji kekuatan dan kecanggihan peluru berpandu Tomahawk edisi terbaru.
Peluru itu bukan sahaja meninggalkan kesan kemusnahan malah mampu memastikan tentera perikatan berada pada tahap risiko yang kecil kerana ia boleh dilancarkan dengan tepat, jauh dari kawasan konflik iaitu dari kapal perang atau kapal selam"

Apakah dah tidak ada jalan lain selain perang..... banyak-banyak orang yang bijak panadai dalam golongan Amarika dan sekutunya hanya mampu mencari jalan perang untuk menyelesaikan masalah. Jelas sekali pihak berkenaan ada agendanya tersendiri...... 
Ini lah realiti yang terjadie sekarang.... sama-samalah kita sebagai manusia fikir-fikirkan dan renung-renungkan betapa senangnya bila berkuasa untuk nenyerang mana-mana pihak tampa dipersoaalkan atas tiket keamanan..... begitu murah nyawa manusia untuk keamanan.....  

Thursday, 17 March 2011

ANDA PASTI HALAL?

وكُÙ„ُوا Ù…ِÙ…َّا رَزَÙ‚َÙƒُÙ…ُ اللهُ Ø­َلاَلاً Ø·َÙŠِّبًا Maksud: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik(al-Maaidah: 88)

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات ... Maksudnya: “ Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas, tetapi di antara keduanya terdapat juga perkara yang belum jelas (syubhah) dan lebih baik dijauhi
(Riwayat: Bukhari dan Muslim).

Hari ini khutbah jumaat di bawah tajuk HALAL....... adakih kita semua sedar tentang apa itu halal? adakah segala yang kita makan dan minum itu datang dari sumber yang halal? fikir la sejenak dan renungkan la bila kita duduk di negara malaysia ini adakah semua kedai makan atau hotel-hotel atau pun tempat-tempat makan yang lain kita yakini halal 

Dari pembelian barang sampai la penyediaan dan proses masakan adakah kita yakin ia halal..... oleh itu kita senderi perlu tahu dan menilai sesuatu itu tentang kehalalnya.......sama-samalah kita derdoa agar apa yang kita makan dan minum adalah dari barang-barang yang halal......Amin............:-) 

PERINGATAN TUHAN

"Apabila bumi digoncangkn dgn goncangn yg dahsyat, dan bumi telh mengeluarkn beban-beban berat yg dikandungnya dan manusia bertanya: "Apakah yg terjadi pd bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu tlh memerintahkn yg demikian itu padanya. Pd hari itu manusia keluar dari kuburnya dlm keadaan berkelompok2 untk diperlihatkn kpd mereka blasan semua perbuatannya” Surah al-Zilzal

PENDERITAAN DAN KEPEDIHAN


Kecik-kecik lagi dan lihat semua ini........ Kesedihan dan penderitaan santapan harian mereka....... Mengapa seluruh umat islam berdiam dan berpeluk tubuh...... hanya tunggu dan lihat semoga allah merahmati mereka........ ameen

Wednesday, 16 March 2011

NUKLEAR OH NUKLEAR

Hari ini kita perlu risau tentang radiasi akibat bencana nuklear jepun...... tahukah anda sumua radiasi nuklear bukan sahaja memberi kesan pada kita malahan memberi kesan pada anak keturunan kita..... benarlah kata-kata golongan cerdik padai " semangkin maju teknologi semakin besar risiko yang perlu ditanggung"...... Menurut lapuran utusan malaysia 17/3/2011 "Krisis nuklear Jepun semakin tidak terkawal hari ini selepas pekerja keluar sementara waktu dari loji nuklear di Fukushima yang rosak ekoran paras radiasi yang melonjak, tetapi usaha terdesak untuk mengelakkan berlaku malapetaka nuklear diteruskan dengan segera."
Negara-negara NUKLEAR dunia perlu mengambil iktibar apa yang sudah berlaku kepada jepun dan WAJIB mengambil langkah berjaga-jaga dari segala kemungkinan.... untuk memastikan anak cucu kita nanti terus terjaga..........:-) 

Hadith Tentang ARAK!!!!!

Melayu dan ARAK!!!!!

Melayu dan ARAK........ ini adalah realiti sekarang apa lagi yang nak dikatakan sudah menjadi kebiasaan mereka...... bukan saya nak cakap semua..... tidak.... tapi ini lah kebenarannya...... agama islam tetapi arak jadi santapan......... lebih menyedihkan ada yang di bulan puasa yang berbuka dengan air kencing syaitan itu ya allah.......
Berbangga dengan botol syaitan tidak cukup dengan itu post gambar-gambar didalam facebook menjadi kebanggaan mereka.......... fikir-fikirkan lah.......apakah kedudukan kita disisi allah nanti.....

Perhatikan sungguh cantik tulisannya sungguh indah seninya tapi berapa ramai dikalangan kita tahu akan maksudnya.........
Begitujuga dengan al-quran, dulu ramai yang tahu membaca tetapi tidak tahu maknanya..... tidak apa lagi... tapi sekarang para remaja kita ramai yang tidak tahu baca langsung sekadar tahu nama al-quran.......sedih dan sayu rasa hati ini.......... apakah didikan @ pengaruh @ keadaan hidup yang menjadi punca....... inikah yang kita hendah wariskan untuk membela bangsa dan agama

TSUNAMI

Nampaknya bumi sudah semangkin tua tidakkan kita sedar yang masanya sudah hampir.Sudah sampai masa kita menilai diri kita dimanakah kita disisi tuhan. Apakah bekalan kita menuju hari pengadilan....... Banyak sudah tanda-tanda atau peringatan yang diberikan....... yang terbaru tsunami dan gempa bumi 11/03/2011 sekali lagi menjadi saksi kekuasaan allah..... dengan sekelip mata beribu-ribu nyawa terkorban...... bandar yang kita sangka besar juga dengan sekelip mata musnah.......

Teknologi yang canggih serta peralatan yang moden juga tidak dapat menghalang kekuasaan allah..... subahanaallah....... allah maha besar